Posts

Showing posts from November, 2013

Hanya Untuk Rabaah

Image
  ~ Hanya Untuk Rabaah ~ Dukamu dukaku juga tangismu tangisku juga. Namun darahmu tetap mengalir di tubuhmu Sakitmu, hanya dizahiri deriamu Sedih dan amarahmu, hanya dirasai hatimu. Takkan mampu kami tanggungi kesukaranmu Takkan mampu hati ini melihat kezaliman terhadapmu Kehilangan ayah, ibu, anak, saudara Semuanya ! Keselamatan dan keamanan sudah tiada ! Di mana-mana sahaja kamu harus siap siaga Peluru hidup mampu menembak di mana-mana. Ini bukan sahaja soal as-Sisi atau Mursi Ini soal keadilan dan kesejahteraan Soal kemerdekaan dan keamanan. Ternyata kamu menjadikan kami cemburu Melihat pejuang didakapi bidadari syurga nan ayu Begitu tenang diri mereka menghadap yang Esa  Begitu mudah nyawa mereka terbang kepada-Nya. Aduhai Raba'ah Dikaulah medan penyaksian kesyahidan Dikaulah medan perjuangan dan pengorbanan Dikaulah medan sejarah yang bakal menoktahkan Kemenangan yang amat didambakan. Takkan sama