Posts

Showing posts from 2015

Bersih 4.0 ke arah Wawasan 2020.

Dalam konteks ke arah negara maju 2020, terdapat sembilan matlamat yang ingin dicapai. Rangkuman sembilan matlamat tersebut adalah untuk mewujudkan masyarakat dan kehidupan sosial yang saling bertolak ansur, hormat menghormati, tenteram, bersatu dan bermoral antara satu sama lain. Pelbagai spekulasi dan tohmahan sebelum ini, yang melambatkan lagi proses untuk mencapai wawasan negara. Isu-isu seperti isu HINDRAF, isu menghina azan, isu Papagomo, isu jual-beli telefon di Plaza Low Yat, dan lain-lain. Kesemuanya menunjukkan unjuran negatif kepada negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Ya, bagai membuktikan bahawa usaha untuk ke arah negara maju 2020 suatu misi yang mustahil. Tidak dikira maju satu negara jika hanya tertumpu pada pendapatan tinggi dan ekonomi, tetapi hancur pada moraliti dan akhlak. Tidak, bagai tidak bertamadun. Apa guna negara kaya, tetapi rakyat seperti bodoh? Namun. Pada 29-30 Ogos 2015, perhimpunan "haram" yang mencerminkan morali

Atas Segalanya, Terima Kasih!

Sekian lama berjumpa dan bermesra. Akhirnya detiknya telah tiba. Tidak sesiapun yang inginkan perpisahan. Namun. Ianya salah satu tanda kasih Allah. untuk kita menghargai sepenuhnya. Entah apa yang mungkin terjadi pada diri ana. Kalau anta tidak hadir dalam hidup ini. Kalau anta tidak tarbiyah kami. Kalau anta tidak menghidupkan kami. Kalau anta tidak dewasakan kami. Kalau kita tidak bertemu. Tapi semuanya tidak berlaku. Allah selamatkan kami melalui anta. Terima Kasih atas pengorbanan. Atas pentarbiyahan Atas segalanya. Terima kasih kerana menjadi abang. Terima kasih kerana meluahkannya. Terima kasih kerana memilih ana. Ana berusaha takkan lupa saat kita bersama. Selamanya. Semoga kita mendapat naungan di Sana. Ameen.  

Penting. Sangat Penting

Penting kah aku? Perlukah aku kena buat semua ni? Untuk apa? Kenapa? *** Kadang kala terfikir, kenapa perlu sampaikan "dakwah". Tidakkah itu seperti 'poyo'. Kenapa terjebak dengan dakwah dan tarbiah semua ni? Argh ! Namun, ini sebenarnya adalah nikmat terbesar yang diberi hanya kepada hambaNya yang terpilih. Ya. Nikmat Iman dan Islam. Nikmat saat diri ini ditarbiah. "Hidup diatas telunjuk Ilahi adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat dirasai melainkan bagi mereka yang mengecapinya sahaja." [ Tomato 2.0 ] Jelas tugas kita sebagai manusia di Bumi ini adalah untuk beribadah kepadaNya dan sebagai Khalifah . “Setiap kamu adalah pemimpin yang akan  dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya." -H.R Bukhari- Ya, sudah tahu. Sampai menjadi bosan mendengarnya banyak kali. Tapi, sejauh mana ayat itu meresap sampai hati? Sejauh mana usaha kita dalam menjalankan 'tugas' sebenar kita dalam hidup ini? Atau. Masih hidup dalam kejahi

Suatu hari yang panjang. Penuh nikmat

Cheretanya bermula dari bunyi notification dari Whatsapp. 25 March 15, 11:03 p.m. "Jumaat ni tido skola jom. Mabit." Aku  setai ajakkan daripada seorang akhi yang sudah tidak asing dalam hidupku. Namun, respon yang dibalas oleh yang lain, seakan-akan "hari" itu tidak akan terjadi. Pap ! Murabbiku membalas. 26 March 15, 10:49 p.m. "Ana pergi InsyaAllah" 27 March, Jumaat Pagi itu, pergi sekolah seperti biasa hingga 2:30 ptng, Sambung dengan latihan Debat BM, ajak sekali seorang mutarabbiku untuk melihat aku berlatihan debat, kerna latihan Debate Eng, tiada pada hari tu. Haha Lain rasanya bila berjumpa dengan seorang murabbi dan mutarabbi dalam satu masa. Satu nikmat. Comel. 5:00 ptng, latihat debat tamat. Seorang-demi-seorang pulang ke rumah, sehingga tinggal aku dan seorang mutarabbiku bersama adiknya di Surau menunggu mereka pulang. 7:00 ptng Masih belum kelihatan seperti hari yang dijanjikan. Hanya pelajar yang mempunyai agenda lain

Lemas

     "Sa..Saya kat mana ni?" soalku.      "Shh... shh.. jangan takut. Kejap je ni," jawabnya "Tolong..saya kat mana ni ? Apa dah jadi..kenapa..."           "Kau ada di suatu tempat, yang bakal menjadi memori buat kau," jawabnya lagi "Kau...sapa?"           " Lemas. Kalah. Gelap. Pilih mana-mana yang kau suka."           *** Apakah yang sedang anda lakukan ?  Masih lagi membiarkan serangan berlaku pada DIRI ANDA ? Ya. Sedarkah kita yang sebenarnya kita sedang diserang secara halus. Secara yang amat berkesan oleh anasir-anasir musuh ? Hah ? "Diserang ?" "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Al Baqarah : 120) Tenggelam. Lemas dalam kemewahan dunia yang tak kemana. Lebih sedih melihat masyarakat sekeliling yang sebenarnya kalah dalam serangan musuh. .Lemas . Serangan berbentuk "Ghazwul Fikr" (serangan pemikiran) ! Cara inilah y

دعاة لا قضاة

Image
'Ya Allah, akak tu, tak takut dosa ke..baju dah la *@!"%^ " " Eee budak ni mesti ahli neraka ! Dah la.... !"%^" ... Seringkali perbualan itu selalu bermain dalam fikiran. Merasakan diri  sudah terbang jauh dari segala kejahilan. Jauh dari kebodohan tuntutan Syari'e. Namun dalam masa yang sama, merasakan mereka perlukan pengetahuan dan kesedaran. Siapalah kita 'jauh' mana kita dengan meraka. Sama-sama manusia, sama-sama mengejar Syurga. Jika sering berfikir diri sudah 'jauh', siapa yang ingin membimbing mereka ? Takkan lah tinggal sahaja mereka yang sedang mengalami Ghazwul Fikr itu tenggelam ? Satu hari di Sana, Allah akan bertanya kepada kita :  Dengan ilmu yang kita ada, dengan kesedaran terhadap Dakwah ini, adakah kita manfaatkannya ? Apa yang kita telah usahakan untuk ummah ? Firman Allah : "Kamu (wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia,  kamu menyuruh berbuat segala perk