Posts

Showing posts from September, 2015

Bersih 4.0 ke arah Wawasan 2020.

Dalam konteks ke arah negara maju 2020, terdapat sembilan matlamat yang ingin dicapai. Rangkuman sembilan matlamat tersebut adalah untuk mewujudkan masyarakat dan kehidupan sosial yang saling bertolak ansur, hormat menghormati, tenteram, bersatu dan bermoral antara satu sama lain. Pelbagai spekulasi dan tohmahan sebelum ini, yang melambatkan lagi proses untuk mencapai wawasan negara. Isu-isu seperti isu HINDRAF, isu menghina azan, isu Papagomo, isu jual-beli telefon di Plaza Low Yat, dan lain-lain. Kesemuanya menunjukkan unjuran negatif kepada negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Ya, bagai membuktikan bahawa usaha untuk ke arah negara maju 2020 suatu misi yang mustahil. Tidak dikira maju satu negara jika hanya tertumpu pada pendapatan tinggi dan ekonomi, tetapi hancur pada moraliti dan akhlak. Tidak, bagai tidak bertamadun. Apa guna negara kaya, tetapi rakyat seperti bodoh? Namun. Pada 29-30 Ogos 2015, perhimpunan "haram" yang mencerminkan morali