Posts

Tin kosong

Image
Bismillah. sepatutnya aku menulis ni setahun yang lepas. Tapi, entahla, seruan baru sahaja sampai. Dah nak dekat final asasi baru tergerak. *** Apa yang aku perhati kini, ramai pelajar lepasan sekolah yang agak incubate (baca: sekolah yang mempunyai bia’ah tersendiri, sekolah terpelihara dari anasir luar) menyalahkan pula sekolah mereka apabila sudah berada di alam universiti. “Dulu sekolah aku jaga sangat ikhtilat, sebab tu la aku awkward bila dengan perempuan” “Dulu sekolah aku menjaga, sekarang aku tak tahu nak react macam mana dengan masyarakat” Bila mana berada di dunia luar, terma cultural shock menjadi kebiasaan. Mana tidaknya, selama ini dalam kehangatan penjagaan yang solehah. *** Hai. Julai 15, 2018 Tarikh aku masuk ke UiTM Pasir Gudang, Diploma Kejuruteraan Kimia.  Macam-macam bermain di fikiran. Pasir Gudang tu di mana? Kenapa aku dapat diploma? Aku nak berkawan dengan siapa? Tambahan lagi, aku menjadi takut untuk ke dunia luar. Mana

Lari

Hari ini, manusia berhubung dan berjumpa cukup di alam maya. Jauh dari pandangan jasad. Tapi masih boleh ber'jumpa'.  Mudah bukan? Tetapi, sebenarnya ia menghakis sifat kemanusiaan dan fitrah manusia. Ya. Aku sangat setuju. Manusia itu boleh jadi lainnya dia di alam maya, dan lain pula dia di alam realiti. Aku tidak pasti mana sebenarnya yang kita boleh nilai hari ini, kerana kedua-duanya manusia menggunakannya sama banyak, mungkin lebih. Tidak mustahil untuk berlaku. Banyak kali aku berfikir, macam mana dulu manusia boleh hidup tanpa semua benda ini? Zaman aku berlainan, buka mata, skrin dihadapan mata. Mengeluarkan sinaran birunya kepada sesiapa yang inginkan. Hari demi hari, bendasing ini semakin memonopoli alam realiti manusia. Semua urusan, perbincangan, janji temu, urus niaga, pembelajaran, keputusan, pengumuman, semuanya sedang diambil alih oleh sifat tak berkemanusiaan. Tidak hairan jika manusia boleh bertemu di alam sedemikian, manusia juga boleh lari hanya menggu

Bangkit

Fastabiqul Khairat!  -2:148- Manusia. Pelbagai karenah. Keluarkan diri anda dari kepompong Kemalasan! Kelesuan! Kemanjaan! dan Keletihan! Kerama ummah sangat sakit sekarang ini. Jadilah seorang yang dewasa biar pun usia anda masih muda. Dewasa dari segi segalanya. Dari amalnya. Dai fikirannya. Dari setiap tingkah lakunya. Bukan lagi berfoya-foya dengan keduniaan. Mendengar lagu. Menonton wayang. Bermain game. Menonton video yang langsung  tidak bermanfaan. Mengeluarkan kata-kata yang kotor. Bukan aku ingin kata ianya salah, tapi kadang manusia itu melakukannya bagai tiada limit. Bagai tiada prinsip hidup tersendiri. Kesilapan besar para pemuda hari ini. Melakukan perkara yang sia-sia bersama atas alasan? 'Ukhuwah'?  Bagaimana ianya akan tercapai jika melakukan perkara yang tidak diRedhai ? Jika melakukan perkara yang tidak tergolong dalam "amal soleh" Manusia sendiri tahu akan apa amal yang sedang mereka lakukan. Namun, mereka hanya tahu. Mereka

Kursus Sembelihan

Image
Minggu Kurikulum. Sembelih ayam. Tingkatan 4 Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak