Hanya Untuk Rabaah


 ~Hanya Untuk Rabaah~



Dukamu dukaku juga
tangismu tangisku juga.

Namun darahmu tetap mengalir di tubuhmu
Sakitmu, hanya dizahiri deriamu
Sedih dan amarahmu, hanya dirasai hatimu.

Takkan mampu kami tanggungi kesukaranmu
Takkan mampu hati ini melihat kezaliman
terhadapmu
Kehilangan ayah, ibu, anak, saudara
Semuanya !

Keselamatan dan keamanan sudah tiada !
Di mana-mana sahaja kamu harus siap siaga
Peluru hidup mampu menembak di
mana-mana.

Ini bukan sahaja soal as-Sisi atau Mursi
Ini soal keadilan dan kesejahteraan
Soal kemerdekaan dan keamanan.

Ternyata kamu menjadikan kami cemburu
Melihat pejuang didakapi bidadari syurga nan
ayu
Begitu tenang diri mereka menghadap yang Esa 
Begitu mudah nyawa mereka terbang
kepada-Nya.

Aduhai Raba'ah
Dikaulah medan penyaksian kesyahidan
Dikaulah medan perjuangan dan pengorbanan
Dikaulah medan sejarah yang bakal menoktahkan
Kemenangan yang amat didambakan.

Takkan sama Raba'ah dengan Dataran Merdeka
Takkan sama lukamu dengan luka kami di jalan
raya
Takkan sama sorakanmu dengan sorakan kami di
pesta
Takkan sama kematianmu di medan dengan kami 
di atas hamparan.

Kamulah satu-satunya Raba'ah dunia
Suaramu bergetar di jagat raya
Tumpas si zalim adalah impian
Tertegaknya Isslam adalah dambaan

Tetap berdirilah wahai Raba'ah  
Sehingga kezaliman itu tumpas
Atau kamu syahid selamanya.

Mukharikah
6 September 2013
Gombak






Comments

Popular posts from this blog

Tin kosong

Lemas