Bersih 4.0 ke arah Wawasan 2020.

Dalam konteks ke arah negara maju 2020, terdapat sembilan matlamat yang ingin dicapai.

Rangkuman sembilan matlamat tersebut adalah untuk mewujudkan masyarakat dan kehidupan sosial yang saling bertolak ansur, hormat menghormati, tenteram, bersatu dan bermoral antara satu sama lain.

Pelbagai spekulasi dan tohmahan sebelum ini, yang melambatkan lagi proses untuk mencapai wawasan negara.

Isu-isu seperti isu HINDRAF, isu menghina azan, isu Papagomo, isu jual-beli telefon di Plaza Low Yat, dan lain-lain. Kesemuanya menunjukkan unjuran negatif kepada negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Ya, bagai membuktikan bahawa usaha untuk ke arah negara maju 2020 suatu misi yang mustahil.

Tidak dikira maju satu negara jika hanya tertumpu pada pendapatan tinggi dan ekonomi, tetapi hancur pada moraliti dan akhlak. Tidak, bagai tidak bertamadun.

Apa guna negara kaya, tetapi rakyat seperti bodoh?

Namun.

Pada 29-30 Ogos 2015, perhimpunan "haram" yang mencerminkan moraliti dan masyarakat yang harmoni dalam kalangan peserta seramai 500,000, telah membuktikan lagi sifat yang bertentangan dengan unsur negatif seperti yang penah berlaku di negara kita.

Mudah, apabila dilaungkan takbir, peserta beragama lain turut memberi ruang dan menghentikan laungan vuvuzela dan siren. Malah turut juga menyediakan air wudu'  kepada Muslim.

Contoh mudah yang menunjukkan penghinaan antara agama kian pudar.
Mencapai matlamat Wawasan 2020 negara kelima iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur kepada agama lain. Tidak menghina agama lain dan sebagainya.

Tidak cukup isu perkauman dan pergaduhan yang semakin pudar, Perhimpunan Bersih 4.0 juga menunjukkan lagi unjuran positif untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 ketiga iaitu mewujudkan politik yang matang.

Bukti?
Wujudnya demonstrasi aman untuk menegur kerajaan secara demokratik apabila kerajaan melakukan kesalahan, demonstrasi dilakukan secara aman, sehingga dipuji oleh Ketua Polis KL. (lebih bermoral daripada kumpulan baju merah)

"Pilihanraya yang BERSIH.
  Kerajaan yang BERSIH.
  Hak membantah.
  This is what Islam teaches us. Justice."

500 ribu peserta selama dua hari perhimpunan berlangsung, dengan menghormati agama lain, mengadakan perhimpunan secara aman, bukti wujud masyarakat demokratik yang matang.
InsyaAllah, mencapai Wawasan 2020.

Bersih 4.0 bukti negara akan mencapai Wawasan 2020. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Tin kosong

Bangkit