Lari

Hari ini, manusia berhubung dan berjumpa cukup di alam maya. Jauh dari pandangan jasad. Tapi masih boleh ber'jumpa'.  Mudah bukan? Tetapi, sebenarnya ia menghakis sifat kemanusiaan dan fitrah manusia. Ya. Aku sangat setuju. Manusia itu boleh jadi lainnya dia di alam maya, dan lain pula dia di alam realiti. Aku tidak pasti mana sebenarnya yang kita boleh nilai hari ini, kerana kedua-duanya manusia menggunakannya sama banyak, mungkin lebih. Tidak mustahil untuk berlaku.

Banyak kali aku berfikir, macam mana dulu manusia boleh hidup tanpa semua benda ini? Zaman aku berlainan, buka mata, skrin dihadapan mata. Mengeluarkan sinaran birunya kepada sesiapa yang inginkan. Hari demi hari, bendasing ini semakin memonopoli alam realiti manusia. Semua urusan, perbincangan, janji temu, urus niaga, pembelajaran, keputusan, pengumuman, semuanya sedang diambil alih oleh sifat tak berkemanusiaan.

Tidak hairan jika manusia boleh bertemu di alam sedemikian, manusia juga boleh lari hanya menggunakan alam tersebut.

Ini kisah aku.

Disember 2015,
aku 'lari' dari alam tersebut. Menyepi dan mendiamkan diri buat seketika waktu. Hanya dalam beberapa hari. Entahlah, mungkin aku hanya ingin merasai hidup berseorangan di alam sendiri. Berseorangan, walaupun dirumah. Duduk berdua dengan ayah yang bekerja. Musim cuti sekolah. Tidak banyak masa aku luangkan bersamanya. Tetapi aku akui, kerana  aku tidak pernah dibuang dari alam itu, aku masih bergantung padanya, namun, aku gunakan ia dalam peratusan yang minimum. Paling minimum semampu mungkin. Mudah sahaja, tutup signal wifi daripada terus mengakses telefon pintar, anda telah berjalan keluar dari pintu gerbang utama. Sebab sekarang, manusia itu berjimat, menggunakan aplikasi mesej atas talian. Tutup sahaja, anda keluar dari seribu satu pintu. Mudah bukan?.

Selang beberapa hari, aku mendapat panggilandari seseorang. Menanya aku dimana aku melari dalam nada yang tenang, tetapi penuh kerisauan. Sudahla tiada 'read receipt'. Tambahan pula, aku tidak mengaktifkan 'last seen'. "Anta pergi mana". Aku ingat suara itu, suara yang banyak menasihat aku. Setiap gerakan aku, diperhati. Dia minta aku kembali ke alam 'realiti' zaman sekarang, yang sebenarnya bukan realiti. "Nantilah ana fikir-fikirkan". Balas aku, mengakhiri panggilan.

Seminggu kemudian, aku mendapat mesej dari Qiden. Juga bertanya soalan sama. Tetapi, gaya dia lain sikit. Jawapan aku pun berlainan. Senang sahaja untuk aku menukar respon. Aku bukan menipu, tetapi situasi aku berbeza ketika itu, maka jawapan pun berbeza.

Nampak macam mengada, itulah realiti untuk aku lari. Membisu dari segala hal. Dengan sekali sentuh banyak yang ditidurkan.

Sekian.
HG




 

Comments

Popular posts from this blog

Bangkit

Tin kosong