Lari
Hari ini, manusia berhubung dan berjumpa cukup di alam maya. Jauh dari pandangan jasad. Tapi masih boleh ber'jumpa'. Mudah bukan? Tetapi, sebenarnya ia menghakis sifat kemanusiaan dan fitrah manusia. Ya. Aku sangat setuju. Manusia itu boleh jadi lainnya dia di alam maya, dan lain pula dia di alam realiti. Aku tidak pasti mana sebenarnya yang kita boleh nilai hari ini, kerana kedua-duanya manusia menggunakannya sama banyak, mungkin lebih. Tidak mustahil untuk berlaku. Banyak kali aku berfikir, macam mana dulu manusia boleh hidup tanpa semua benda ini? Zaman aku berlainan, buka mata, skrin dihadapan mata. Mengeluarkan sinaran birunya kepada sesiapa yang inginkan. Hari demi hari, bendasing ini semakin memonopoli alam realiti manusia. Semua urusan, perbincangan, janji temu, urus niaga, pembelajaran, keputusan, pengumuman, semuanya sedang diambil alih oleh sifat tak berkemanusiaan. Tidak hairan jika manusia boleh bertemu di alam sedemikian, manusia juga boleh lari h...