Bangkit

Fastabiqul Khairat!
 -2:148-

Manusia.
Pelbagai karenah.

Keluarkan diri anda dari kepompong Kemalasan! Kelesuan! Kemanjaan! dan Keletihan!
Kerama ummah sangat sakit sekarang ini.

Jadilah seorang yang dewasa biar pun usia anda masih muda.

Dewasa dari segi segalanya.
Dari amalnya. Dai fikirannya. Dari setiap tingkah lakunya.
Bukan lagi berfoya-foya dengan keduniaan.

Mendengar lagu. Menonton wayang. Bermain game. Menonton video yang langsung  tidak bermanfaan. Mengeluarkan kata-kata yang kotor. Bukan aku ingin kata ianya salah, tapi kadang manusia itu melakukannya bagai tiada limit. Bagai tiada prinsip hidup tersendiri.

Kesilapan besar para pemuda hari ini.
Melakukan perkara yang sia-sia bersama atas alasan? 'Ukhuwah'?  Bagaimana ianya akan tercapai jika melakukan perkara yang tidak diRedhai ?
Jika melakukan perkara yang tidak tergolong dalam "amal soleh"

Manusia sendiri tahu akan apa amal yang sedang mereka lakukan. Namun, mereka hanya tahu. Mereka harus sedar bahawa semua itu hanyalah bukan sifat dewasa!

Bagaimana Muaz dan Muawwiz boleh membunuh Abu Jahal sedangkan mereka hanya dalam lingkungan 14 tahun?

Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh boleh menjalankan usaha membuka semula Konstantinopel dari awal 19 tahun?

Kerana mereka semua telah dewasa.
Dewasa dari segi jiwa dan amal, pemikiran. Bukan lagi meremajakan diri dek kerana usia.

Bukan lagi membuang masa.

Aku kongsi kerana aku pernah seperti kalian, aku juga manusia biasa, tak lari dari naluri kehidupan. Aku pernah rasai 'nikmat' pada zaman itu, tapi kini aku sedar, hidup disini bukan sesuatu yang kekal.

 

Comments

Popular posts from this blog

Tin kosong