Tin kosong


Bismillah. sepatutnya aku menulis ni setahun yang lepas. Tapi, entahla, seruan baru sahaja sampai. Dah nak dekat final asasi baru tergerak.

***
Apa yang aku perhati kini, ramai pelajar lepasan sekolah yang agak incubate (baca: sekolah yang mempunyai bia’ah tersendiri, sekolah terpelihara dari anasir luar) menyalahkan pula sekolah mereka apabila sudah berada di alam universiti.

“Dulu sekolah aku jaga sangat ikhtilat, sebab tu la aku awkward bila dengan perempuan”
“Dulu sekolah aku menjaga, sekarang aku tak tahu nak react macam mana dengan masyarakat”

Bila mana berada di dunia luar, terma cultural shock menjadi kebiasaan. Mana tidaknya, selama ini dalam kehangatan penjagaan yang solehah.

***
Hai.

Julai 15, 2018

Tarikh aku masuk ke UiTM Pasir Gudang, Diploma Kejuruteraan Kimia. 
Macam-macam bermain di fikiran. Pasir Gudang tu di mana? Kenapa aku dapat diploma? Aku nak berkawan dengan siapa?

Tambahan lagi, aku menjadi takut untuk ke dunia luar. Mana tidaknya, masa di sekolah, aku sering diingatkan bahawa sekolah aku adalah tempat selesa, tempat selamat berbanding dunia luar  yang penuh mencabar dengan pelbagai jenis karenah dan pemikiran manusia.

Maka aku mempersiapkan fikiran dan hati, bahawa segala yang ada di dunia luar akan memaksa aku untuk menjadi lebih kuat. Menjadi manusia untuk hidup atas prinsip sendiri. Aku bersedia untuk berhadapan dengan sejahil manusia. 

Pertama kali aku berkawan baik dengan seorang perokok, dan juga sebilik dengan seorang perokok. Lagi bertambah fikiran buruk aku. Belum kata soal sosial. Lelaki dan perempuan. 

Ye la, aku sendiri belum terbiasa dengan semua itu. 

Apa yang terjadi?

Aku terus tebalkan muka, kuatkan hati yang lemah. Bergaul dengan baik sahaja dengan mereka. Mereka tidak asing melainkan kawan baik aku juga.

“Haikal, kau ok tak aku smoking dalam bilik?”
 - “Err.. smoke kat luar lah”

Hari berlalu hari. 

Aku terus memerhati dan menilai setiap kawan aku dalam diam. Ketawa, belajar, makan dan keluar bersama.

“Kalau aku nak duduk sebelah Haikal, mesti dia tarik jauhkan kerusi dia”

Banyak yang aku pelajari dari mereka. Mungkin setengah golongan memandang rendah kepada pelajar universiti satu bangsa ini. Menyalahkan gaulan sosial yang terlalu berlebihan.

***


EH110D


Tapi pada aku, setiap daripda kita mempunyai nilai yang tersendiri. Terpulang pada kita untuk menghargai nilai setiap individu atau terus menghina. Diakhirnya, mereka dan aku tidak lain hanya hamba kepada Tuhan yang sama.  

Sepajang aku di UiTM, pengalaman mengajar aku untuk membuka minda. Bahawa setiap daripada kita bergantung pada tuhan. Aku pernah bersama mereka dalam kesusahan, merasakan diri terabai, kesedihan dan duka. 

Kita semua punyai harapan untuk menjadi lebih baik kerana dimiliki oleh sang pencipta.

***
Hai,

Berhentilah memandang manusia yang asing daripada anda itu berdosa dan penuh salah. Mereka punyai hati dan perasaan. Dan pemilik pada hati ini hanya Tuhan. Maka teruskanlah berdoa kepada mereka. 

Dimanakah keadilah untuk kita memandang buruk pada mereka sedangkan kita pernah bersama mereka?

***
Hai, 

Kuatkanlah diri, jangan jadi seperti tin kosong. Apabila ada ditekan, mudah untuk kemek. Persiapkan diri untuk menghadapi setiap fasa perubahan dunia. Janganlah bazirkan tarbiyah yang anda dapat selama ini.

Diakhirnya, jadilah manusia yang mengubah keadaan untuk menjadi lebih baik. Semoga kehadiran kita di setiap tempat meninggalkan kesan yang sentiasa diingati dan dihargai. 

***
Hai, 

Berhentilah salahkan sistem sekolah anda jika anda menganggap ianya mengongkong. Mungkin sepanjang di sekolah, kita yang tidak mengambil hikmah sepenuhnya, malah terus memberontak. Fahamilah hadaf setiap prinsip yang pernah diajarkan sepanjang berada di bia’h solehah.

***
Tangisan sepanjang malam aku disana tak pernah kering. Masih persoalkan kenapa aku dihantarkan disini? Ya Allah, kuatkanlah aku, aku tiada sesiapa pun disini. 

***

Bagi aku, atas pada kita untuk menghargai setiap masa bersama atau kita. Keadaan sekeliling yang mencabar juga adalah tarbiyah utnuk menjadikan kita lebih kuat.

Aku pilih untuk bersama mereka. Bagi mereka, aku juga seperti kawan mereka yang lain. Terima kasih kerana menghargai aku sepanjang aku di UiTM. Aku hargai setiap saat kita bersama. Moga kalian terus dikasihi Allah. 

Forest City, Johor

Alhamdulillah, aku kuat kerana tarbiyah. Bukan menjadikan aku terkongkong. 


Segalanya kembali pada Tuhan. 
Oktober 12, 2019 | 2.37 am




Comments

Popular posts from this blog

Bangkit