Lemas



     "Sa..Saya kat mana ni?" soalku.
     "Shh... shh.. jangan takut. Kejap je ni," jawabnya

"Tolong..saya kat mana ni ? Apa dah jadi..kenapa..."
          "Kau ada di suatu tempat, yang bakal menjadi memori buat kau," jawabnya lagi
"Kau...sapa?"
          " Lemas. Kalah. Gelap. Pilih mana-mana yang kau suka."


          ***

Apakah yang sedang anda lakukan ?  Masih lagi membiarkan serangan berlaku pada DIRI ANDA ?


Ya. Sedarkah kita yang sebenarnya kita sedang diserang secara halus. Secara yang amat berkesan oleh anasir-anasir musuh ?

Hah ? "Diserang ?"

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Al Baqarah : 120)


Tenggelam. Lemas dalam kemewahan dunia yang tak kemana.

Lebih sedih melihat masyarakat sekeliling yang sebenarnya kalah dalam serangan musuh. .Lemas . Serangan berbentuk "Ghazwul Fikr" (serangan pemikiran) !
Cara inilah yang musuh Islam gunakan untuk menghapuskan "Islam" dalam diri seorang Muslim



Jenis serangan : Screen,Song, Smoke, Sex, Sport, Food, Fashion

Screen. Apa yang kita gunakan dengan computer dan smartphone ? Apa yang kita tonton di kaca TV.
             Adakah ianya sejenis yang melalaikan seorang Muslim ? Ya !

Song.    Lagu apa yang kita dengarkan ? Jenis Mencarut ? Lucah ?. Lalai ? Haih..

Smoke. Ok,
fatwa yang mengatakan haram,  Tahu itu adalah racun, Tahu ianya menggangu orang
             dan ahli keluarga sendiri. Apa nak buat ? Diri sudah kalah dalam serangan.

Sex,      Langsung sudah tiada harga diri ?

Fashion, Pelik-pelik fesyen skrng. Boleh digelar "fesyen muslimah" ? Ketat, Tak labuh. jarang.
               Tak mengikut
tuntutan yang sebenar


Inilah yang sebenarnya yang perlu dijaga oleh seorang Muslim sebagai benteng serangan.

Jauh betul remaja disini dengan anak-anak di Gaza, Syria dan lain-lain.
Mereka sebenarnya  kuat. Lebih kuat darpada kita kerana mereka tidak kalah dalam serangn ini.
Kecilnya kita jika nak dibandingkan dengan kita disini. Selesa dengan kemewahan dunia yang sebenarnya adlh Ghazwul Fikr. Yang sebenarnya adalah permainan.
 
 
"Ketahuilah bahawa  kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan  serta perhiasan , juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar ,selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan  di akhirat ada azab yang berat ,dan keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

[Al-Hadid : 20]

Manfaatlah masa yang singkat ini untuk masa depan kita yang benar. Yang lebih jauh !
Bangunlah pemuda untuk menjadi beharga kepada Ummah sejagat !


"Disebalik  setiap kebangkitan ummat, pasti pemuda menjadi tiangnya.
Di setiap sebalik pemikiran manusia, pasti pemuda menjadi pengibarnya"
[ Hassan Al Banna ]

Bagaimana ingin menang jika sebenarnya kita lemas ?


Comments

Popular posts from this blog

Tin kosong

Bangkit