Suatu hari yang panjang. Penuh nikmat


Cheretanya bermula dari bunyi notification dari Whatsapp.

25 March 15, 11:03 p.m.
"Jumaat ni tido skola jom.
Mabit."
Aku  setai ajakkan daripada seorang akhi yang sudah tidak asing dalam hidupku.
Namun, respon yang dibalas oleh yang lain, seakan-akan "hari" itu tidak akan terjadi.

Pap !
Murabbiku membalas.
26 March 15, 10:49 p.m.
"Ana pergi InsyaAllah"

27 March, Jumaat
Pagi itu, pergi sekolah seperti biasa hingga 2:30 ptng,
Sambung dengan latihan Debat BM,
ajak sekali seorang mutarabbiku untuk melihat aku berlatihan debat, kerna latihan Debate Eng, tiada pada hari tu. Haha

Lain rasanya bila berjumpa dengan seorang murabbi dan mutarabbi dalam satu masa. Satu nikmat.
Comel.

5:00 ptng, latihat debat tamat.
Seorang-demi-seorang pulang ke rumah, sehingga tinggal aku dan seorang mutarabbiku bersama adiknya di Surau menunggu mereka pulang.

7:00 ptng
Masih belum kelihatan seperti hari yang dijanjikan. Hanya pelajar yang mempunyai agenda lain berada di dalam surau.
Aku pergi berkhidmat diri

-Wifi Smiaag Surau [connected]

Mula berwhatssapp.

"Otw
Dari greenwood"

Menghembus lafaz lega.

Kalau nak ikutkan tentatif yang dicadangkan, sepatutnya kami akan bersukan sunnah (swimming di IIUM)
Pap. Whatsapp,
"Nk swimming kah?
-Xkot"
sekali lagi lafaz lega, kerna ku malas nk swimming time tu, tak ada mood-

Lbih kurang dalam...
8:30 p.m.
Murabbiku muncul. Terukir senyuman membalas. Satu lagi nikmat.

Selesai solat Isyak. Kami keluar makan di satu tempat yang tidak pernah aku tiba. Perjalanan dimulakan ke rumah usrahmate aku untuk menjemput dia dalam menyertai "hari" itu.
Diteruskan dengan penuh keriangan. Panas  ukhuwah kami. (:

Duduk dalam dua meja yang digabungkan, senyuman dibalas senyuman.
Murabbiku menunjukkan gambar yang diambilnya. Gambar aku dan mad'u.
Comel.
Nikmati makanan yang dibeli. Duit BR1M membelanja. Haha

Perjalanan pulang juga  tidak lari dari keriangan.
"Eh, jom pergi  lalu Genting"
-murabbi

Pada mulanya, hanya gurauan, namun kami setuju.
Hakikatnya, memang ditakdirkan kami untuk pulang semula ke sekolah.

Bermain Badminton dibawah penglihatan CCTV, Penat. Peluh. Waktu malam
Berkongsi kisah, selfie antara aku, murabbi, dan seorang akhi. Kelakar. Ceria. :)

12:20 (lebih kurang)
Aku tidur berhimpit dengan mereka. Sengaja. Berebut bantal dengan murabbi. Hanya itu bantal yang murabbiku bawa dari rumahnya. Haha. Memang dari dulu kami macam ni.

Bangun, 5;45 pagi,
Eh, dia ni dah ambil bantal dari aku ! Seperti yang dijangka.

Berqiyam secara fardhi. Bersiap. Breakfast. Murabbiku pulang ke rumahnya.
Aku dan lain mempunyai Syabab pada hari tu. Sabtu.

Hari diteruskan lagi dengan latihan debat BM. Sekali lagi mutarabbi ini meneman.
"Abi amek pukul 5:30"
"Jom! Harini ana ada latihan Debat"
Once again.

1 tgh hari, khidmat diri, lunch dll. Berjumpa semula dengan murabbi dan mutarabbi dalam masa yang sama. (:

Belajar membuat konsep usul.
Berdebat.
Menang.
Sekadar latihan.

5:40 p.m Sabtu
Masa telah pun tiba..
Masing-masing pulang ke rumah.
Aku dihantar olehb seorang akhi. Thanks!

Nikmat hari itu tamat setelah aku keluar dari kereta Dia.

Kesedihan mula menenami. Entah kenapa. Rindu! Haha..

Ya Allah.
Rapatkanlah. Kuatkanlah.
Kau temukanlah kami semula hingga ke Sana (:

"Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya"

Comments

Popular posts from this blog

Tin kosong

Bangkit