دعاة لا قضاة

'Ya Allah, akak tu, tak takut dosa ke..baju dah la *@!"%^ "


" Eee budak ni mesti ahli neraka ! Dah la.... !"%^"
...

Seringkali perbualan itu selalu bermain dalam fikiran. Merasakan diri  sudah terbang jauh dari segala kejahilan. Jauh dari kebodohan tuntutan Syari'e.



Namun dalam masa yang sama, merasakan mereka perlukan pengetahuan dan kesedaran. Siapalah kita 'jauh' mana kita dengan meraka. Sama-sama manusia, sama-sama mengejar Syurga. Jika sering berfikir diri sudah 'jauh', siapa yang ingin membimbing mereka ? Takkan lah tinggal sahaja mereka yang sedang mengalami Ghazwul Fikr itu tenggelam ?


Satu hari di Sana, Allah akan bertanya kepada kita :
 Dengan ilmu yang kita ada, dengan kesedaran terhadap Dakwah ini, adakah kita manfaatkannya ?
Apa yang kita telah usahakan untuk ummah ?



Firman Allah :


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia,  kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah..."
[Ali Imran : 110]


Jelas, tugas kita di Bumi ini adalah untuk menyeru kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran dengan cara penuh hikmah. Kalau sekadar mengumpat, mengutuk, hanya mennunjukkan keburukan imej sbg Muslim itu sendiri.
Selesai.

Bukan salah kita jika Mad'u (orang yg kita seru) tidak terbuka kepada kita. Cuma, melihatkan kepada usaha dan doa kita supaya Allah bukakan hati dia.

Allah berfirman kepada Muhammad s.a.w (sbg seorang pendakwah), bukan tugas kita nak memaksa orang kepada kebaikan, malah seru dengan penuh hikmah dan kasih sayang [Al Ghasyiah : 22]

Alangkah bahagianya Saidina Abu Bakar yang mana 10 sahabat dijamin Syurga adalah kerana Abu Bakar menyeru mereka kepada Islam.

Bagaimana Rasulullah dgn meunjukkan akhlaq yg mulia, menggambarkan keindahan Islam itu sendiri kepada Dunia...Tatkala rasa lemah/futur dalam Dakwah, sedarlah bahawa yang dikejar (Syurga) adalah mahal harganya. Sehinggakan ketika Allah menciptakan Syurga, dan tunjukkan kepada Malaikat Jibril,
Jibril berkata ; Aku tak rasa seorang pun yang tidak mahu memasuki Syurga



Sebarkan seruan dengan kesabaran.
 Kerana Mereka yg berpesan-pesan dgn sabar dikecualikan oleh Allah dari tergolong dalam kalangan orang yg rugi.[Al-Asr : 3]


يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَ يُثَبِّتْ أَقْدامَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. 
[ Muhammad ayat 7 ]

Comments

Popular posts from this blog

Tin kosong

Bangkit